KUALA NERUS: Kemenangan Malaysia 4-1 ke atas pasukan yang ranking dunianya lebih tinggi Kepulauan Solomon pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 malam tadi, tidak mencukupi untuk Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon.
Selain melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan ketinggalan 0-1 pada awal perlawanan, jurulatih dari Korea Selatan itu agak kecewa selepas anak buahnya itu gagal untuk mencatatkan kemenangan besar di hadapan 12,000 peminat yang membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini.
"Ia satu permulaan yang membimbangkan, tetapi saya gembira kerana pemain dapat memberikan reaksi yang baik sebelum tamat separuh masa pertama.
"Saya rasa kita memang patut menang, tetapi dari segi jaringan gol, saya rasa sepatutnya lebih dari empat... apabila kita berpeluang untuk menjaringkan gol (jadi) keadaan ini amat penting, namum saya gembira kerana dapat kekalkan kemenangan di tempat sendiri," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Pan Gon berkata anak buahnya gagal menggunakan kelebihan pada setiap peluang menjaringkan gol di sepanjang perlawanan, namun ia tidak bermakna pemainnya tidak mampu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang di hadapan gol.
Beliau berkata pemain terbaik dunia juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan yang sama.
"Perkara ini perlu diperbaiki, namun ia bukan suatu yang mudah buat satu pasukan kebangsaan, dalam (latihan pusat) dalam beberapa hari sahaja, siapa yang boleh perbaiki perkara ini? Kami tidak boleh tetapi sekurang-kurangnya kami panggil pemain berkualiti dan terbaik ke sini. I rasa perkara ini, mereka perlu bermain dengan kerap di kelab mereka untuk biasa kan diri, dan datang ke sini dengan permainan yang baik," katanya.
Pan Gon akui salah satu daripada aspek positif yang ditunjukkan oleh pasukannya ialah usaha berterusan untuk menghasilkan peluang, walaupun berhadapan lawan yang menggunakan permainan gaya 'negatif'.
"Tetapi bila kita berpeluang, kita perlu menjaringkan gol, jika tidak sewaktu berhadapan dengan pasukan yang kuat dan gagal sempurnakan peluang yang ada, tentunya kita akan menghadapi masalah," katanya.
Pada perlawanan malam tadi, Malaysia dikejutkan oleh gol pembukaan Raphael Lea'i pada minit ke-11, sebelum menjaringkan empat gol masing -masing menerusi Paulo Josue (minit ke-40), Arif Aiman Mohd Hanapi (sepakan penalti masa tambahan), Muhammad Safawi Rasid (minit ke-77) dan Lee Tuck pada masa tambahan.
Kemenangan ini merupakan yang ketiga berturut-turut pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1, selepas sebelum ini mengalahkan Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong (2-0) di Johor, Mac tahun ini.
Sementara itu Jurulatih Kepulauan Solomon Felipe Vega-Arango dari Sepanyol mengakui kualiti pemain yang berbeza antara kedua-dua pasukan.
"Perbezaan antara pemain amatur dan profesional terlalu besar... secara jujurnya berbezaan antara kami ialah standard, terutamanya dari segei persediaan fizikal...Saya rasa ia satu ujian yang bagus, namun terdapat banyak untuk diperbaiki terutamanya pada bola sepak Solomon, jika kami mahu bermain secara ini lagi," katanya.
Malaysia akan berdepan Papua New Guinea dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di sini, Selasa depan, manakala Kepulauan Solomin dijadualkan untuk berhadapan Singapura, Ahad ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Pan Gon berkata anak buahnya gagal menggunakan kelebihan pada setiap peluang menjaringkan gol di sepanjang perlawanan. - Fail/Bernama
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
'Heritage tree scheme' pelaksanaan negara Singapura boleh dijadikan sebagai contoh
ara stategi singapura yang boleh diadaptasikan oleh Malaysia adalah dengan mewujudkan Heritage Tree Scheme.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
Skim yang dilancarkan oleh National Parks Board Singapore (NPARKS) ini telah terbukti terkesan kerana program ini bukan sahaja meliputi penyelengaraan pokok tetapi turut mengenal pasti, melindungi dan juga merawat pokok-pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah, budaya, ekologi yang signifikan.
'Bahang' April paling ekstrem & Asia paling terkesan
Pemindahan pokok tidak disarankan, potensi untuk merosakkan sistem ekologi
Walaupun pemindahan pokok yang tua ini sering dilihat sebagai satu alternatif terbaik untuk mengurangkan daripada kejadian pokok tumbang daripada berlaku.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Namun pun begitu, menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail, kaedah itu hanya akan memudaratkan sistem ekologi yang pada mulanya sudah pun stabil.
Tempe sebagai sumber protein tambahan murid sekolah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang memperkenalkan tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein kepada murid sekolah rendah di negeri itu.
Mahkamah isu perintah larangan bersuara terhadap Chegu Bard
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard bagi melarangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan kes fitnah jenayah yang dihadapinya.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.